Isnin, 3 Oktober 2011

Kucing kami dibela sedari kecil sehingga umur setahun.










Kena timbang macam nak masuk tinju.













Tunggu waktu makan.



Inilah gambar yang kami ambil daripada lahir dan kini sudah setahun.Sebenarnya kami dah hampir 9 tahun tidak membela kucing,ini kerana ketika itu anak-anak kami kecil lagi.Sedih juga nak buang tetapi apa kan daya.Setelah anak-anak kami membesar baru kami membela semula ,itu pun Lat hanya seekor kucing liar.Bersama ibunya dan seekor lagi saudara nya datang minta makan dirumah kami.Akhirnya jadi jinak,sehingga bunting dan melahirkan 4 ekor anak.Dua minggu lepas tu ,Lat menghilangkan diri.Tinggal anak-anaknya kelaparan!!! Yang tinggal 3 ekor,seekor lagi mati.Maka jadilah ibubapa angkat,kena cari susu...masalahnya pakai botol susu anak kucing tak pandai nak hisap.Jadi guna picagari,nasib baik boleh.Dalam setahun tak dapat nak tinggalkan rumah lama sangat,nanti budak 3 ekor siapa nak beri susu.Dalam masa membesarkan bebudak ni datang lagi 3 ekor kucing angkat,pertama si Kakak(kami sangka betina ,rupanya jantan)Oren dan yang terakhir Kecik.Dah dewasa ni kekadang semalaman tak balik.Tapi dah tak risaukan lagi dah besar biarlah... Inilah antara gambar-gambar selama setahun itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan