Selasa, 6 Januari 2015

Tahi telinga.

Nampak memang perkara enteng tetapi amat bahaya kepada anak bulus.Tahi telinga yang tak dibuang akan dihuni oleh hama.Hama ini macam parasit.Tidak elok untuk kesihatan kucing,rajinlah periksa telinga anak bulus.

Khamis, 13 November 2014

Nyah cacing.

Jika ada anak bulus dibawah dua bulan,inilah masa kritikal.Anak kucing boleh menerima pelbagai penyakit terutamanya cacing.Boleh lah hantar keveterina berdekatan untuk diberi nyah cacing.Cacing ini amat merbahaya,seperti kita ia boleh juga membunuh.Anak Qaseh dah dihantar kepada Dr Emelia untuk dinyah cacing.Setelah dua bulan dan berat yang sesuai baru divaksin pula.Jaga lah anak bulus ini.


Virus.

Baru aje macam baru nak bermanja dengan abang yang virus telah menyerang paru-parunya,Dr Emellia kata dah teruk.Memang sedari kecil asyik batuk.Sudah cuba beri anti biotik namun dia nak pergi.Kami dah bawa dia x-ray diKlinik haiwan Ee diJalan Rahang.Hasil dari itu tahu kami viru dah menyerang paru -paru kirinya.Tinggal lah seekor anak che Ta iaitu Adik.Sebelum ini Mimi pun kerana bbusung air.Sedih!!! 
 

Sabtu, 6 September 2014

Kutu.

Ini Mimi pun ada kutu tapi dah okay.
Nampaknya memanglah remeh.Seekor kutu memang lah tak ada hal,tetapi bila dah berpuluh,beribu.....kalau dah kutu sudah penuh satu badan.Itu yang jadi masalah pada seekor kucing.Penghisap darah itu akan menghisap darah seekor kucing sehingga darah baru tidak dapat terbentuk.Jadi kesihatan si kucing mula merosot.Jika dibiarkan kucing pasti mati.Bawalah ke vet berdekatan atau beli shampo untuk kutu.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Mandul atau kembiri kan kucing.

Ning.

Oshin.

Kitty.
Ramai yang masih kurang faham tentang masalah ini ,walaupun telah dikeluarkan fatwa oleh JAKIM.Masih yang berbalah,memang masih ramai percaya ia adalah haram,tetapi boleh menjadi makruh dan harus.Sudah terang lagi bersuluh,kembiri adlh harus untuk menjaga maslahah ammah bemaksud menjaga kepentingan umum dengan bijaksana.Kucing yang ada masalah kesihatan,susah melahirkan haruslah dikembirikan,jangan menyeksa kucing.Contoh nya Oshin yang tak pandai melahirkan anak,sehingga anak-anaknya mati.Kes kedua Ning yang pernah sakit teruk,hampir menemui ajal.Dengan dikembiri aktiviti luar nya telah dikurangkan.Kitty pula kucing istimewa kerana seekor jantan mempunyai tiga warna.Mengikut kata doktor kucing jantan berwarna tiga adalah mandul.Dalam kes tertentu dikejiranan yang perlu juga peka dengan jiran kita.Bila telah dikembirikan maka pembiakan kucing boleh dikawal.Bukan semua manusia suka kucing,Kitty pun pernah disiram air panas.Begitu juga Kakak yang pernah terima nasib yang sama.Jadi janganlah kita rasa berdosa bila telah dikembirikan kucing kesayangan itu,percayalah itu adalah lebih baik bagi mereka.  

FIP?

Milky.
Satu nama yang boleh disebut sebagai busung air.Bukan semua kucing ada virus ini dan bukan mudah kita nak tahu samada kucing kita ada virus ini.Pada peringkat awalnya memang virus ini tidak bahaya tetapi bila ia telah bermutasi oleh kerana sesuatu sebab maka bermulalah FIP ini.Tiada ubat untuk FIP cuma kaedah menyedut air dari rongganya sahaja.Tetapi jika airnya sudah bertukar dari jernih kepada warna minyak masak,maka jangka hayat kucing memang tak lama.Itulah terjadi kepada Milky.Ketika kami jumpa amat sihat dan aktif,kini sudah meninggalkan kami.Dr Emi pun dah terangkan kepada kami.Terimalah dengan redha..... 

Kesan panadol kepada kucing.

Memang lah panadol adalah ubat untuk meredakan kesakitan kepala dan demam kepada manusia,tetapi akan menjadi racun yang membunuh kucing.Ramai yang tuan punya kucing tidak mahu ambil tahu dan belajar.Kesan kepada kucing boleh membawa maut!Kalau kita beritahu pun memang macam lawak,itulah nak bela haiwan ini kena ada ilmu atau bertanya.Jangan hentam keromo aje!Yang merana anak bulus itu.           Inilah cerita nak kutuliskan...Comel kucing sihat asalnya,kesan panadol sistem saraf nya rosak!Bukan sikit atau banyak panadol yang diberi tetapi memang tak BOLEH!!!!Keadaan dia ketika kami terima amat lemah.Maka kami hantar keklinik Dr Emi di Nusari Bayu.Lama juga Dr Emi merawatnya,harapan adalah tipis sekali.Alhamdullilah....setelah rawatan dia semakin pulih cuma kesan mengigil itu adalah kekal sehingga akhir hayatnya.
Comel masih diklinik.