Jumaat, 29 Ogos 2014

Mandul atau kembiri kan kucing.

Ning.

Oshin.

Kitty.
Ramai yang masih kurang faham tentang masalah ini ,walaupun telah dikeluarkan fatwa oleh JAKIM.Masih yang berbalah,memang masih ramai percaya ia adalah haram,tetapi boleh menjadi makruh dan harus.Sudah terang lagi bersuluh,kembiri adlh harus untuk menjaga maslahah ammah bemaksud menjaga kepentingan umum dengan bijaksana.Kucing yang ada masalah kesihatan,susah melahirkan haruslah dikembirikan,jangan menyeksa kucing.Contoh nya Oshin yang tak pandai melahirkan anak,sehingga anak-anaknya mati.Kes kedua Ning yang pernah sakit teruk,hampir menemui ajal.Dengan dikembiri aktiviti luar nya telah dikurangkan.Kitty pula kucing istimewa kerana seekor jantan mempunyai tiga warna.Mengikut kata doktor kucing jantan berwarna tiga adalah mandul.Dalam kes tertentu dikejiranan yang perlu juga peka dengan jiran kita.Bila telah dikembirikan maka pembiakan kucing boleh dikawal.Bukan semua manusia suka kucing,Kitty pun pernah disiram air panas.Begitu juga Kakak yang pernah terima nasib yang sama.Jadi janganlah kita rasa berdosa bila telah dikembirikan kucing kesayangan itu,percayalah itu adalah lebih baik bagi mereka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan