Kucing gelandangan.
Malam tadi Bersama mu 23 hb Mac menarik perhatian aku .Cerita pasal kucing terbiar amat menarik.Bukan sahaja kucing malah kalau anjing pun janganlah kita sampai hilang sifat kemanusiaan kita.Hulurkan sedikit makanan walaupun secebis roti.Ada satu cerita diPort Dickson seorang wanita berbangsa cina,dia sering memberi makanan kepada anjing- anjing terbiar ini. Dia beli daging dan dimasak baru dia beri kepada anjing -anjing itu.Sebagai seorang muslim kita sepatutnya lebih dari itu.Dulu aku ada membuang kucing peliharaan aku sebab masa tu aku ada anak kecil .Itupun atas nasihat orang lain.Tapi kini rasa menyesal pula...
Kucing terbiar ini mengharap makanan dari siapa yang sudi memberi mereka makanan.Kalau ada rezeki adalah makanan ,kalau tidak berlapar lah. Macam kucing sebelah menunggu dengan sabar dipintu dapur kedai makan setiap pagi .Dengan sabar kalau ada habuan untuk pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan