Jumaat, 23 Mac 2012

Blacky anak angkat baru .


Laparrrr.
 Seminggu lepas ketika petang Zal membawa seekor anak kucing yang bersendirian.Entah kemana ibunya?Terpaksalah carikan susu untuknya.Asyik lapar aje.Makan dah boleh sikit-sikit tetapi kena makanan yang lembutlah sesuai dengan umurnya.Sebelum tu datang siKacak ni,tapi lat dua tiga hari dia chow.Rupanya dah menetap dikedai runcit depan tu.Banyak ikan dan makanan agaknya.Kucing pun pandai politik.Balik kepada Blacky sikecil,kini Kitty yang jadi penjaganya.Mandi dan cebok kan budak tu,jadi rakan bermain walaupun amat tak sesuai dibandingkan saiz badan! Tetapi jangan salah sangka Kitty adalah jantan.......!!!!
Dialik langsir....

Ini kacak .

Makan bersama Kitty.

Kitty tunggu adiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan