Jumaat, 25 Oktober 2013

Budak wek-wek.

Sudah lama tak menulis diblog ini sejak Ted pergi.Sedih...kita usaha tapi Allah lebih menyayanginya lagi.Bila anak Combi lahir kami dah buat perancangan.Ubat-ubat kita beli dikedai haiwan.Ubat macam selsema dan cacing memang terdapat dikedai haiwan.Walaupun harga agak mahal tapi berbaloi.Budak wek-wek ini telah diberi multi vitamin,ubat mata dan cacing.Klinik haiwan kalau disuntik kena tunggu usia 2 bulan dan berat kena melebihi 1 kg.Jadi agar pisang tak berbuah dua kali maka kami usaha sendiri.Begitu juga Ghara yang dikutip dikedai motor diLukut.Bila disampai dimandikan dulu kerana bau asap aje.Bebudak 3 ekor ini belum dimandikan.Lagipun cuaca hujan aje.Harap bebudak ini sihat dan terus membesar.
Ghara.


Ban.

Kacak dan Beauty.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan