Selasa, 22 April 2014

Cipang.

Terjumpa dibawah van ketika van berundur baru ternampak dia ni.Jumpa di kejiranan Spring Hill juga,nasib tak dilenyek oleh van.Ketika datang kaki nya tempang,jadi aku urut sedikit.InsyaAllah sihatlah dia ni.Combi pun dah boleh terima.

Shadow.

Aku agak dia ni staff King Char Kuew Teow ....kerana setiap kali ada pelanggan yang datang pasti dia akan meluru kemeja itu.Ambil pesanan lagaknya.Memang hitam satu badan kalau dimalam yang gelap dia tidur diatas jalan yang bertar pasti memang tak nampak.Jadi kalau setiap malam kena cari dia ,dikhuatiri ada yang melanggar nya .

Rabu, 19 Februari 2014

Budak dalam longkang.


Bebudak ni dijumpa dalam longkang di kedai makan Pengkalan Balak.Kebetulan singgah makan disitu.Zal dan Tini yang kutip bebudak ni.Tak berakal betul manusia yang buang bebudak ni.Akal dikepala lutut agaknya!!!Jadi sejarah Odi berulang kembali,susu kena dicari.Ini hiburan penglipur kami sejak anak-anak bulus kami yang dulu mati.Berbekal ubat dan minyak kelapa dara ...InsyaAllah!!!!

Minyak kelapa dara.



Khasiat nya telah kudengar tapi bila Kak Siti rakan sekerja beri saranan.Aku terus mencuba...Alhamdullilah!!! nampak kesannya.Memanglah tak terus baik,mengambil masa lah sedikit.Cuma bebudak ni semakin nakal dan cergas.Ubat klinik pun boleh terus digunakan.Ini sebagai alternatif tambahan.

Sedih ....

Memang sedih dan marah....budak Stokin ni dah kena buang.Nak cerita pun sakit hati aje.Dah minta nak bawa balik minggu sebelum tu,tapi abang ipar pun sayangkan dia.bila kita balik minggu depan ...dengar dah kena buang!!! apalah dosa dia......:(

Jumaat, 25 Oktober 2013

Budak wek-wek.

Sudah lama tak menulis diblog ini sejak Ted pergi.Sedih...kita usaha tapi Allah lebih menyayanginya lagi.Bila anak Combi lahir kami dah buat perancangan.Ubat-ubat kita beli dikedai haiwan.Ubat macam selsema dan cacing memang terdapat dikedai haiwan.Walaupun harga agak mahal tapi berbaloi.Budak wek-wek ini telah diberi multi vitamin,ubat mata dan cacing.Klinik haiwan kalau disuntik kena tunggu usia 2 bulan dan berat kena melebihi 1 kg.Jadi agar pisang tak berbuah dua kali maka kami usaha sendiri.Begitu juga Ghara yang dikutip dikedai motor diLukut.Bila disampai dimandikan dulu kerana bau asap aje.Bebudak 3 ekor ini belum dimandikan.Lagipun cuaca hujan aje.Harap bebudak ini sihat dan terus membesar.
Ghara.


Ban.

Kacak dan Beauty.

Rabu, 1 Mei 2013

Ning dan Oshin.

Oshin.

Ning.
Tempohari dua ekor ni dah nyawa-nyawa ikan.Jalan nya terhoyong-hayang macam mabok todi.Ingat dah tak lama akan matilah kucing ku ini.Aku beri multi vitamin bersama teh pekat.Alhamdullilah...!!!dah semakin pulih bebudak ni.Mungkin salah makan kot.